Monday, December 5, 2011

secret garden | korean drama review


Cerita secret garden ni sungguh lah popular. semua org cakap best sampaikan aku terpengaruh lalu menonton drama ni. wahh gituu kan. Tapi tak best pun ;(  Betullah org cakap,
minat masing2 berbeza haha. 

Cerita tentang Kim Joo Woon ( Hyun Bin ) tertukar badan dengan Gil Ra Im ( Ha Ji Won ).
Joo woon ni orang kaya berlagak lah apa semua kan. Gil Ra Im plak stuntwoman miskin lah lebih kurang.roh diorang tertukar lepas minum air ape benda ntah lepas masuk kat dalam satu taman misteri nih.Sejak tu macam2 berlaku. Diorang akan tertukar badan setiap  kali hujan.
Setiap saat yang genting je, mesti badan tertukar aptb.

Lawak lah juga, tapi bagi aku lebih banyak babak bosan dari babak yang lawak.
entah apa yang dia banyak merepek aku pun taktahu haha.
Pastu banyak pasal oska dengan ex awek dia dulu. k aku tak minat dengan si oska ni. nak tengok my fair lady pun tak jadi sebab ada dia. haha.babak yg ada oska yang ni aku skip sebab aku malas nak tengok haha.

k pelakon dia semua dah tua2 lah.
Untuk makcik2 je kot drama ni kuang3.
Tapi pelakon yang berpengalaman lah. Best2 lakonan diorang.

Cuma aku tak minat ler kot.
Storyline okay, just banyak babak yang lembab termenung sana sini.Paling tension
time hero si Joo Woon tu asyik berangan heroin dia ada kat sebelah dia.
Lepastu jalan kaki serentak. k sapa dah tengok paham lah apa yg aku cuba sampaikan haha.
Lama plak tu dia termenung aiseymen.

still, cerita ni okay lah. Kan aku cakap minat masing2 berbeza huihui.

Citer korea memang banyak yang suka buat tertukar tukar roh eh ?

No comments:

Post a Comment