Friday, June 8, 2012

June Holiday part 2

Assalamualaikum .
*ini adalah entry yang panjang

Alhamdulillah, dapat juga ku tulis part yang kedua. Maknanya, selamat dahhh sampai rumah.
Perjalanan bermula pukul 10 malam. Ikut plan asal, nak bertolak pukul 4 pagi.
pastu kul 12 malam. Entah macam mana boleh bertolak pukul 10 malam pulak.
Best giler perjalanan pada waktu malam.sejukk.
Entah berapa kali berhenti sepanjang malam.

masih bersemangat dan ceria pada pukul 3 pagi.

Entah macam mana, tertidur akhirnye dan pukul 5.30 pagi(tak silap aku),
ayah kejutkan kitorang semua bila dah sampai kat jambatan Pulau Pinang.
Tengok kiri kanan tidoq balek.
Pukul 6.30 pagi, baru sampai Masjid Negeri Pulau Pinang.
Mandi apa semua lahh. Muke masing2 memang basi giler la kan, tidoq tak cukup.haha.

aku tak taulah kenapa aid suke sangat berposing kali ni .

Lepas breakfast, pergi Bukit Bendera.


*abaikan muke basi dak liah

Harga tiket RM 8 untuk dewasa, RM 4 untuk kanak-kanak.
Dann jangan lupa ya bawak ic skali. Kalau tak bawak ic pun takpe, tapi kena
bagitau ic num kat kaunter. Yelah, mane tau kot2 ade yang tercampak dalam gaung, senang lah nak tau saper tuu. haha:D


Ya allah, ramai gile kot dalam train time nak naik tuu.Dahlah keliling aku ke**ng.
Tak dapat tempat duduk lak tuu.
perghh sabor jelah aku.Time tu rasa macam, argghh!tobat aku taknak
pegi lagi Bukit Bendera. kahkah.

 dari atas.


 Actually, boleh naik sampai atas lagi. Boleh jungle trekking ape semua.
Tapi sampai sini jelahh yang kami mampu.
Masing2 penat dan malas. ayah pun dah pening2 lalat, sepanjang malam bawak kereta.
 aku memang teringin nak naik atas, tapi malas kott.
tinggi giler.


Tapi, memang bernasib baik sebab time nak turun, memang tak ramai orang.
Semua orang sibuk menjelajah, kitorang je yang balik cepat. haha.
Tak sampai 10 orang pun satu train tu !kitorang duduk depan skali,
baru puas hati. Best sangat, hehe:D

 nasib baik dapat duduk..


pastu check in homestay. Homestay kitorang apartmen 3 bilik, dekat dengan
lapangan terbang bayan lepas. Excited tengok kapal terbang mendarat dan berlepas.hua3.

amane homestay.

Memang best homestay ni. Dahlah kat tingkat 4, 
pastu ber aircond, pastu ade astro. Semua lengkap. Tuala, pinggan mangkuk, mesin basuh,
semua ada laa! best . kihkih.

malam, pergi jalan2 carik pasal kat padang kota lama.

Banyak gambar yang gelap2, malas den nak upload. haha:D

Dan, makan nasi kandar. Wajib(kot?) datang penang makan nasi kandar ni.

This is mine. Takde yang special sebab aku tak makan sayur dan benda2 alah tu semua.
Aku makan ayam je. So this is not original nasi kandar.haha.

Day 2

Aid bising nak pergi Toy museum(actually aku pun teringin nak pegi sana haha!)

*gamba google sebab terlupa nak snap gamba pintu masuk

Menurut pembacaan, Toy museum Penang adalah yang paling terbesar di dunia.
Terletak di Tanjung Bungah, infront Copthorne Orchid Hotel.
Pemiliknya, Loh Lean Cheng suka mengumpul toys since 1973.
Lama-lama, toys beliau semakin bertambah dan akhirnya sampai dah boleh bukak muzium.

Tiket masuk Rm10 for adult, Rm6 for children.





Dan banyak lagi gambar, dan kebanyakkannya gamba aku je menempel dengan
patung2 tu. comel ohh.
toilet sangat awesome! sesuai lah dengan identity muzium tu
sebagai toys museum. Toilet nye bercirikan zaman purba.
tapi sayangnye, takde paip air ! aku masuk just nak tengok
keindahan toilet je. haha.

Dan of coz, pergi Penang beli jeruk. Jeruk Pak Ali.
memang borong habis-habisan.


Tak dilupakan, laksa penang:)
takmo tanya aku sedap ke tak, sebab aku tak taulah nak cakap sedap ke tak.
biase je. hehe.

badak model baju .

Datang lalu jambatan, balik naik feri.

second time naik feri gedabak yang boleh angkut kereta skali hah.

Dua hari meronda-ronda Penang, bertolak pulak ke Kemunting, Perak.
Lagi skali, duduk homestay.
Nampaknye keluarga en hasan dah tak suke duduk hotel lagi dahh,
nak homestayy je . haha:D


Kat Perak, ada mee udang yang famous di Kuala Sepetang.

dengarnye,penah masuk tv. Jalan-jalan cari makan kot.
patutlah famous, ramai sangat orang.

semua makanan berunsurkan udang.
nasi goreng udang, mee goreng udang, kuetiaw udang dan segalanya udang.
Aku tak taulah ape yang sedap dengan mee udang ni, sebab aku tak makan udang.haha.
aku order nasi goreng tanpa udang:D
(cuba kira berapa kali aku ulang perkataan udang. haha)

shopping giler kat kemunting, pastu esoknye pegi
Taiping. Banyak barang yang berganda murah, mula menyesal.ciss.


Banyak buah woo kat sg perak.
boleh naik atas menara utk tengok keindahan sg perak.
Even penat, nakk jugak naik atas tu.




Taman Tasik Taiping.

Time ni semua dah malas nak berjalan lagi,
nak pergi zoo taiping pun malas. Nak ambik gamba depan pintu zoo pun malas!
penyakit apakah ini ? haha:D
yang semangat aid sorang jer, cian gomok.

Dan akhirnya, sampai rumah pukul 10 malam.
terlepas tengok bunga2 syurga episod akhir.tsk tsk.
3 hari 2 malam yang sangat happening, alhamdulillah :)

















No comments:

Post a Comment