Tuesday, June 26, 2012

wanita berbonggol unta

Assalamualaikum.

Kisah benar di kedai jahit siang tadi.
Aku sebagai pemerhati.

Customer(lelaki) : Ni apa ? Letak dekat langsir eh ? (sambil tunjuk pada sanggul palsu yang dipamerkan)

*tyme ni tanpa dapat ditahan aku tergelak. Langsir? agak-agaklaa pakcik!

Penjual : itu sanggul palsu, letak kat kepala.

Pakcik: Ohh, rupanya sanggul tinggi tu palsu ye.
Konon-konon kalau pakai, ade lelaki tegur "uiii. panjangnya rambut awek ni".
padahal palsu rupanya. macamtu rupanyaa...

pastu pakcik tu membebel entah apa-apa ngan bini dia.

sumpah aku tergelak. 

tapi, pakcik tu mengingatkan aku pada sebuah hadis yang
kitorang blajar time form 4 ke form 5, subjek
syariah ke quran sunnah. lupa. Tapi rasanya subjek quran sunnah kot.
Hadis nabi tentang aurat wanita dan sanggul tinggi.

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

na'uzubillah. 
Harap-harap takde orang berminat nak beli sanggul palsu kat kedai tu. 
kahkahkah.


1 comment:

  1. tak bolehkan cucuk sanggul tinggi mcm bonggol unta...

    ReplyDelete