Saturday, August 10, 2013

Diari syawal 2013 ( part I )

Assalamualaikum.

Ewahh siap nak ada bebanyak part haha. sebenarnya dengan terwujudnya part I tak semestinya ada part II kahkah. Depends pada how i'm enjoying my raya LOL.

1 syawal

Macam biasa, bangun pagi gosok gigi baju apa semua pastu siap2. Pastu makan. 
Lepastu bergambar kat rumah atau lebih popular dikenali sebagai 'studio Hasan' LOL ! Lepas bergambar pergi kubur lepastu pergi rumah uwan bersalam-salaman. Lepas makan dan duduk lepak2 jap, balik rumah siap2 nak balik Bukit Piatu pulak. Haha. syok tak cerita raya aku ? ;P
Aku rasa raya kat Bukit Piatu lagi best, sebab suasana lain sikitlahh. Kat sini sebab rumah sendiri kan, feeling raya tu takdee. 
sejak dah duduk Lubok china ni, malas dah nak beraya muahaha.

Kami bersama ibu dan ayah.

with uwan.

photoshoot.

the parents.

 The girls.

the BOYS.
dua orang boys yang tak bersifat kemelayuan. Patutnya pakailah sampin dengan songkok sekali.
Nak kata omputih tak putih pun, nak kata korea jauh sekali =,=

siblings. abaikan muka poker dak amer hahaha.

1 syawal diakhiri dengan ke Bukit Piatu sambil makan ketupat siap rendang tambah 2 kali.
Apa nak jadi oiiiiiii. serius raya ketiga/keempat kena start puasa balik.
Pastu nak diet balekkkk. gemukkk dah guwe.

2 syawal

Terasa raya sikit sebab pergi beraya kat rumah sedara mara ayah kat Bukit Beruang.
Tu pun dah petang baru pergi beraya, maghrib baru balik rumah.
Ambik gambar sikit je, tu pun punya tak malu berposing kat rumah orang kekeke.
Sampai LC singgah rumah uwan kejap, lepastu balik rumah boommm.




dark purple poppy dari thepoplook! Baju ni buat aku nampak gemuk lah. haha. Dah diri sendiri gemuk, nak salahkan baju pula :P

 3 syawal

Harini sedara belah ibu datang rumah. Ramai jugaklah, so harini first time blaja 
potong ayam blergh kahkah.
Tahun ni aku rajin sikit :P


uwan bersama cucu-cucunya.
adik beradik kitorang je ramai perempuan, yang lain majority lelaki hahha.

selekeh :P


Petang, macam biasa pergi studio sebenar kat Alor Gajah. Ini kali ke-10 kitorang amik gambar family setiap tahun. First time amik gambar masa tu aku baru darjah empat. masa tu aid kecik je, skarang dah macam gergasi kehkeh.
Dulu selekeh je, sekarang masing2 dah tahu bersolek sendiri haha.


Cukuplah dahulu untuk kali ini. Aku akan sambung lagi inshaaAllah.




2 comments: