Sunday, October 13, 2013

Holiday @ Cameron Highlands 2013

Assalamualaikum.

Kitorang satu family bercuti ke Cameron Highlands sebab semua orang cuti. Bukan senang nak cuti serentak macamni kecuali kalau hari raya je. 

Macam biasalaa kalau pergi CH tak sah kalau tak singgah ladang teh.



Dak amer ikut sekali tapi kemain susah nak ambik gambar dengan dia sebab dia berkurung je dalam kereta sebab sejuk LOL sangattt.
Tapi time ni takdelah sejuk pun, cuma udara dingin segar camtuu. Best !

Lepas check in, makan dan rest kejap, kitorang jalan kaki je kat sini. Kitorang duduk homestay buruk tapi yang bestnya ada kat tengah2 bandar. memang kalau nak pergi mana2 pon tak payah bawak kereta. So agak best lah jugakk berjalan kaki dengan udara sejukkk.
Tapi waktu petang - malam sangatt sejukk sebab hujan.




Tadaaa ! Antara kaktus strawberry sayuran dll yang popular kat Cameron, aku paling tergila-gila kan benda ni. Aku target kali ni pegi sini aku nak jugak satu bantal stroberi hahaha. sebab lebih kurang 10 tahun yg lepas pergi sini tak beli bantal pon, beli belon je hahaha!
Bantal dan patung kat sini sangat murah ! Bantal aku ni beli dengan harga rm20. Bila tengok harga aku terus beli sebab kat Melaka takkan dapat murah camni. Yang kecik pun dah rm30++. Amal ngan dak Liah pon angkat sorang satu bantal.

Malam pun pergi shopping lagi. Siap kena kejar anjing haha. Banyak gilaaa anjing ! Dan ramai gila orang, kebanyakkannya cina. Dan yang paling menyedihkan, bantal kat pasar malam berganda murah ! Bayangkanlah bantal macam aku ni yang serupa sebijik malah lebih besar tak sampai 15 hengget pon ! Wuuuuu. Ada bantal comei lagi besar dari bantal aku ni beli dua rm30 je! waddeheck laaa tertipu gila. Tak sangka plak ada yang lebih murahh. Time nak balik ada kedai jual bantal rm10 je semua. sobs nangis lagi ;(

Kesimpulannya kalau nak beli barang esp bantal kat Cameron janganlah beli kat kedai2. Beli kat pasar malam je. Kalau tak nanti rasa nak meraung je sebab terbelanja lebih untuk barang yang sama.

Esoknya, sambung jalan jap. Pastu hujan ! Sejukk ! Makin berselubung dalam selimutlah orang tu hahaha ;P
Dan sebelum balik singgah tanah rata. 


 Lejen gila benda ni. Ada lagi gamba kitorang panjat benda ni masa kecik2 dulu. Nasib baik den pakai kain kalau tak lama dah panjat kubis tu lol.
*satu-satunya gamba dak amer*





Sian aid. Dia je eksaited. Dulu kitorang panjat beramai-ramai tapi sekarang dia panjat sensorang je.

sebelum balik singgah makan sate kajang. Sempat lagi beli barang kat sini ! hahaha.


Percutian kali ni first time aku beli sendiri barang2 yang aku nak dengan duit sendiri. Duit aku siap kena ketuk lagi dengan dak Liah ngan amal =,=
Memang tak leh blah laa barang aku je seratus lebih =,=
Balik je tinggal 7 hengget dalam purse :P
huwaaa den dah bankrupt. Tapi syok gila shopping. Tak sabar nak kerja, lagi banyak 
boleh shopping lol .
so siapa yang nak pergi Cameron pasni let me know, nak kirim patung stroberi lagi hahaha.

1 comment:

  1. gambar kobis tu sangat lejen. masa tu korang kecik kecik lagi la hai...haha.

    ReplyDelete