Tuesday, October 1, 2013

Picnic @ Bukit Keluang, Besut

Assalamualaikum.

Okay okay quick update sebab actually aku ada keje tak siap lagi plus ada kuiz tapi tak study pong lagi. Ponn boleh kann.
Harini kitorang satu kelas pergi berkelah ke Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Sebabnya harini ada satu kelas je dan kelas tu pulak dibatalkan. Alhamdulillah ;P Kitorang memang mengidam nak pergi pantai lepas Dr Kamarul tunjukkan gambar pantai yang cantik dan landai dekat2 kampus ni. 



 disebabkan satu kelas nak pergi berkelah, haruslah kitorang sewa bas =,=




Kitorang buat potluck. 
Tak boleh blah aku dengan piya bangun awal pagi masak sebekas besar nasi goreng hahaha.
Macam mak2 je kitorang, bangun awal nak siapkan sarapan untuk anak2 :P
apa pun makanan banyak gila, alhamdulillah thanks korangg :)



 Pantai ni tak dalam pon, boleh berenang sampai tengah. Kot ?



Lepas dah main pantai dalam 2 jam, kitorang nak panjat Bukit Keluang pulakk. haha.


 Tangga nak panjat ke atas.


Larat panjat sampai sini je, lagipun tangga tu pun separuh je. selebihnya kena panjat sendiri. Kitorang tak berani nak naik atas lagi, dahlah memasing pakai sliper jer.

Then, balik kampus.
Rasanya sem ni banyak jalan2 je hahaha ;P

Para pelancong mari lah ke Besut. Bercuti ke Bukit Keluang/Tanjung Demong. Hahh kitorang sendiri first time dengar nama2 tempat ni. Kalau tak pindah sini takkan tahu sampai bila2 hahaha.

p/s- Jom ke Halal Festival 2013 @ The Mines ! Tak silap 2 oct - 6 oct. InshaaAllah kitorang pun akan ke sana minggu ni hihii. kann dah cakapp sem ni banyak jalan :P
Khabarnya ada lebih 600 booth. wowww! cant wait for that. 


No comments:

Post a Comment