Tuesday, September 16, 2014

Rumah sewa

Assalamualaikum.

First time dalam hidup aku ecewah belajar berdikari. Duduk kat rumah sewa yeay ! Seronok lagipun tinggal satu sem je kan..Next sem dah pergi praktikal, then final year dapat hostel huhu. So kalau nak merasa, inilah peluangnya ye dakk. Hidup di rumah bersama kawan-kawan hahha.

Dah minggu kedua tapi still agak rileks walaupun ada assignment di first class bakery technology haritu lol. Start minggu ketiga konfemm busy dahh okayy. Sebelum busy baik aku update pasal rumah sewa ni haha.

Alhamdulillah nasib kitorang baik. Kenapa nasib baik ? Sebabnya kami dapat rumah yang besar selesa lebih dari cukup ;) Sewa ada lahh sikit tapi affordable lah jugak. Takdela kami ni makan maggi je setiap hari lol. Rumah 3 bilik, 2 bilik air, fully furnished. Masuk bawak badan dan baju je. Then kami duduk berlima je pulak tuh. Memang mewah lahh. Ada satu bilik kosong terlebih lagi plak tuh haha. 
Point yang tak best ialah agak sunyi sebab duduk 5 orang je huhu. Tak gempakkk. Tapi still okay lah, buatpe nak gempak2 kan. Privacy sikit time nak study. huhu. 
8 km dari U, tapi okay je sebab mummy n kak una ada kereta, so transport takde masalah pun.

So far memang best, housemate aku lak rajin aje nak ke dapur haha. So aku ni walaupun taklah pandai masak, still turun dapur gak ah sebab takkan orang yg sama je nak kena masak kan haha. Benda yang simple je lah pun. Nasi goreng, telur goreng, goreng hotdog ke apa ke. Lagi senang beli kari ayam ready to eat, panas kan aje lol. Lagipun kitorang memang tak pernah keluar malam sebab kawasan rumah yang agak gelap, for safety memang kitorang stay je kat rumah setiap malam. 
Yang lawak kitorang macam family lah pulak. Masak sama2, makan sama2 kat meja makan lol. Kat rumah pon tak gitu, makan bersepah-sepah. I mean kalau lapar, makan. Makan lak dalam bilik haha.

Pastu aku siap beli badminton untuk bersukan kekonon petang2. Halaman rumah besor buatpe nak bazirkan haha. Haritu jenjalan pusing kampung tetiba jumpa orang gila lepastu tak berani nak keluar rumah dah. Main badminton jelah setiap petang..Takpun main dengan kucing angkat bernama Soul di halaman rumah. Bukan aku lah. Bebudak rumah ni suka sangat kat kucing haha.

First time aku guna washing machine yang semi auto hahaha.
Nasib baik shiro ajar kan, kalau tak terpaksa pula search youtube 
"tutorial menggunakan semi auto washing machine" haha.

 Housemate ;P

awal2 je rajin siram pokok lepastu tetiba rasa membazir air lak. Nanti melambung pula bil air kahkah.

Paling penting, 
kitorang sangat berjimat cermat. Maklumlah kena bayar bil api air sendiri..kalau kat rumah lampu kipas terbukak 24 jam takde kisah pon hahaha.
Tapi kat sini, 
nak mandi kejap je pun tutup lampu kipas bilik.
Pastu ada aircond tak pernah bukak pon.
Kedekut atau jimat tuh ?
Lol.

Okay next entry pulak,
See ya !


No comments:

Post a Comment