Friday, February 6, 2015

Internship : #week2

Tak terasa langsung 5 hari kerja haha.
Dua hari aku keluar lewat 15 minit lol sebab kerja banyak sangat. 
Aku perhatikan pekerja2 kat department tu takde pon yang balik awal, diorang semua balik tak kira waktu, kalau kerja sampai malam tak habis, maka sampai malam lah bertapa kat ofis atau kat production. Cuma aku ngan Farah ( intern ) je yang balik tepat pada waktunya hihi. sebab kitorang berdua duduk jauh, Farah duk masjid tanah. Aku lagi lah jauh, kat Lubok cina, hujung dunia katakauuu.
Aku kena balik awal, paling lewat pon 5.45 pm dah kena keluar. Sebab dengan jalan jammed lagi, keluar tepat 5.30 pm pon aku sampai rumah nak dekat kul 7. Terus terkejar nak solat asar. Tapi dah ulang alik selama 2 minggu tak terasa jauh macam mula2 dulu haha. Tapi still jauh gila cuma bila dah terbiasa, pepatah melayu cakap "alah bisa tegal biasa " gituu.

So minggu ni aku duduk kat office, key in data, susun fail dan documents. Sampai naik muak pula aku haha. Banyak gila bertimbun timbun sampai serius aku tak rasa pon masa tu berlalu. Tengok2 je eahh dah kul 1 nak rehat dahh. Sambung balik kerja, tengok2 je ehh dah nak kul 5 haha. Nasib baik ada 2 executives baru masuk, so komputer dan ruang office yang selama ni aku guna (bajet exec) diberi pada diorang. So aku continue buat kerja kat komputer dalam lab. Yay ! Bosan gila duduk luar, dahlah duduk dengan manager, executives semua. Aku sorang je budak intern kat situ, ko ghase awkward giler tak ? haha. So officially aku akan duduk lab jeh, boleh lah tengok diorang buat kerja, bersembang dan takdelah rasa stiff dan awkward asyik buat kejeee je duduk kat depan tu haha.

Disebabkan aku kalau boleh nak expert dalam semua benda sepanjang aku praktikal ni lol, aku ikut lab assistant, Kak Ain pergi buat sensory. Diorang akan buat sensory 2 hari sekali, pagi dan petang. So petang semalam aku free tetiba je takde keje, aku follow kak ain. Woahh best giler pergi sensory kahhh. sebab boleh tumpang makan sekali lol. Untuk sensory, akan ada panel2 yang akan datang untuk test sample makanan tu dan bagi rating, komen lah apa yang kurang, termasin, terpayau atau terlebih ke dengan product tuh. 
Dan untuk masak maggi tu, boiling time and water used mesti accurate tau haha. Kat bungkusan maggi tu kan ada tulis berapa ml air, dan time untuk boil the mee. So untuk sensory memang kena betul2 ikut arahan tu, so dia sukat air betul2 400 ml dan set stopwatch betul2 3 minit hehe. 
Lepas habis je panel2 semua buat sensory, banyak gila lebihan makanan. Apa lagi kenduri lah sikit haha. Kak ain cakap, lepas sensory memang buang je semua makanan tu sebab dia pon dah muak agaknya haha wargh membazir gila ! 

Balik rumah, aku cerita ngan ibu ayah apa kerja yang aku buat, nape takde pon terasa macam aku bakal jadi food technologist, tak terasa pon bakal jadi QA executive lol.  Then ayah cakap, itu semua pengalaman. praktikal ni cuma nak mendedahkan kita pada dunia pekerjaan saja. So bila ayah dah cakap macamtu, aku teringat balik Dr K pernah cakap dulu sebelum kitorang pergi li. Point nya sebijik dengan apa yang ayah cakap, haha.
"Praktikal ni bukan lah awak dah jadi food technologist, tak semestinya awak akan buat kerja yang memang betul2 dalam bidang awak. Ini cuma nak mendedahkan awak kepada dunia luar, macam mana dunia pekerjaan itu actually ".

End of second week !
Minggu ni cuti 2 hari wohooo. Mereput lah duduk dalam bilik tengok movie kahhh.

No comments:

Post a Comment