Friday, July 24, 2015

Raya 2015 Part 2

Assalamualaikum.

Raya tahun ini boleh dikatakan raya yang sangat awesome bagi aku. seriously, selalunya setiap kali raya aku mereput kat rumah sambil jeles tengok gambar orang ziarah menziarahi gelak ketawa selfie bersama kawan-kawan lama. Aku nak jugakkk macamtuuu. haha. Tapi disebabkan rumah aku kat hujung dunia dan tak reti drive pulak tu maka hahh mereput jelahhh kau kat rumah tu.

6 syawal.

Nenek, busu zaini n family datang rumah.

Irish datang rumah kite lahhh. dia senyapppp je. Tak menangis langsung, haha best gila main dengan dia. Hopefully kalau aku ada anak nanti tak kuat melalak macam aku masa kecik2 dulu kekeke.

7 syawal.

Beraya dengan bebudak sharodz pulakk haha. Ummi bgtahu aku dia nak datang, tapi dia buat surprise bawak Ani ! hahaa. Sejak habis sekolah sampai sekarang aku tak pernah lagi jumpa Ani. Huwaaa rindu gilaaaa dah 5 tahun kot tak jumpa. Time aku form 4 n form 5 aku duk sebelah ani dalam kelas. Ani pandai math, dia lah cikgu aku. Kimia pon dia terer jugakk, dia slalu ajar aku jugakkk. Rindu nak suruh ani ajar aku sebab dia penyabar, aku tak paham 100 kali, 100 kali jugaklah dia akan explain pada aku. hihi.
Kalau nak throwback kenangan ngan sorg2 memang tak habislah entry aku.

Macam biasalah, kalau ada syud campur ummi campur ani memang bising gilaa lah. Aid tengah tido pon komplen kawan ko tu datang memekak gila ! haha. Ktorg berborak memang tak pandang keliling, mana2 rumah pon bila dah berkumpul tak boleh nak control volume suara masing2. hahaha.

 From left : ummi, yana, syud dan Ani!
Aku rasa rumah aku bergegar tadi dengan ketawa diorg semua wkwkwk,
Thanks girlssss.

Yang paling sengal, aku cerita ngan Ummi aku pergi rumah faris haritu. Tetiba dia pon nak pergi jugak lol. Sebab diorg satu kuliah kat USIM. Diorg paksa aku ikut sekali. Bengong gila aku pergi raya rumah faris dua kali kot. Malu aku dibuatnya. hahaha. Semua ummi punya pasal, sabor jelah aku. serius weh ni lah pertama kali dan kedua kali dan terakhir aku pergi raya rumah dia. hahaha. Tapi kitorg singgah rumah dia kejap je, dalam setengah jam.
Wargh Ummiiiii. 

Lepas rumah aku, kitorg singgah rumah Rus kejap, dekat je ngan rumah aku. Datang mengejut, just nak jumpa bersalam-salaman dan bertanya khabar je hahaaa tu pon membebel lagi sampai nak dekat sejam LOL.

After rumah Rus, ktorg ke rumah Sab pulak kat Lendu. hihi first time pergi rumah sab ! padahal bukan jauh, alor gajah je pun. Thank you sab, macam biasa sambung lagi memekak kat rumah sab pulakk.

Photoshoot depan rumah sab. Picture by mak Sab. Mak dia sporting, nampak pokok sawit, suruh ambik gamba sebelah pokok sawit. Nampak bunga kertas, suruh ambik gamba sebelah bunga kertas. Mak dia tanya mana satu kajol haih. Masa aku form 4, sab yang mulakan nama kajol kat aku.
Sengal kan semua kengkawan aku? LOL.




Destinasi terakhir, rumah Peah kat Tanjung Keling. Ni paling jauh, kitorg sampai rumah Peah pukul 6.45 ptg haha. Maghrib datang beraya anak dara ni oii. Lepas maghrib kat rumah Peah, balik daa. Ingatkan nak pergi rumah Bong, tapi dah lambat sangat. Aku pon first time drive memalam, risau lah jugak. 
Dari rumah peah dah pukul 8 malam. 

Peah(paling kanan sekali) dulu zaman sekolah badan besar, sekarang kurus gila lagi kurus dari aku ! haha. Aku ingat lagi, peah nak pinjam baju kurung aku masa sekolah dulu, dia try baju aku tapi tak muat. Sekarang ni aku rasa aku yg tak muat baju dia pulakk wkwk. Peah cantik gilaa, kulit dia pon cantik putih gebu OMG kitorg semua jeles dengan dia lol perempuan. Tapi kalau nak cantik itu kan menyakitkan. Contohnya peah tak makan nasi untuk kurus memang kena ada keazaman yang kuat, haih bilalahh nak macamtu jugak. hihi.

Lepas hantar Yana and syud balik rumah, pukul 9 baru sampai rumah haha. Beraya sakan kemainnn. 

Mungkin ada part 3 pula hehehe.

No comments:

Post a Comment