Wednesday, September 16, 2015

A Day Trip To Pulau Perhentian !

Assalamualaikum.

Sejak kami pindah ke Kampus UniSZA Besut 2 tahun lepas, memang salah satu wishlist aku adalah menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian ! ewah wishlist sangatt. Yelah, cuba ko fikir orang datang jauh2 nak pegi Pulau Perhentian, malah omputih tu sanggup travel dari negara diaorang nak datang ke Pulau ni. Selalu nampak omputih makan kfc kat jerteh. Yang kau pulak berapa minit je dari kampus, tak rasa rugi ke kalau tak pergi jejakkan kaki at least sekali sebelum habis study ? Rugi kannn. hahaha. Alhamdulillah wishlist aku jadi kenyataan :D Lagipun Pulau Perhentian ni cantikkk sangat tau ! 

Sebab kitorang dekat kan (berlagak) tak payahlah nak tido2. Pergi balik hari je, lagipun murah kitorang pun busy takde masa nak bercuti lama2.
16 september, cuti hari malaysia. Ke perhentian island lah kiter !
Ktorg bertolak dari kampus pukul 7.45 pagi, sampai office pakej yg ktorg ambik
ni dalam pukul 8 pagi camtu. Duduk2 dulu sambil bergambar macam biasalahh. Yg settle
kan pakej percutian ni adalah classmate aku, isha and the gang. Diorang pandai tawar menawar maka dapatlah pakej sehari RM 80 - snorkelling 5 point include kampung nelayan/main dengan shark dan turtle dan free parking sebab ktorang datang dengan 4 kereta. so quite affordable jugaklah, kena pandai2 tawar harga.

at aina holidays office

lebih kurang pukul 9 pagi, kami berangkat ke jeti kuala besut ohyeahhh. tasabarr nak naik boat ! before that, kena bayar RM5 setiap orang untuk bayaran pemuliharaan taman laut tak silap aku.
Ada pakcik tanya kitorg, "sekolah lagi?". Ktorg pun jawablahh, "ya, pakcik. Baru tingkatan dua, buat rombongan sekolah". hahaha. *feeling muda*


Kami divide pada 2 boat, sebab ramai. Ktorg semua ada 22 orang.
amboi akak matsaleh tu artis kot, tak nak ambik gamba.

atas boat. MashaaAllah laju sangatt boat tu. Last aku naik boat rasanya time kat taman negara,7 tahun yang lepas hahaha. Tapi boat kat taman negara lagi dasyatt, sebab kecik macam sampan pastu sungai pulak tu, habisla kalau boat sampan tu jatuh, kena baham buaya wkwkwk. 


10 minit pertama, ktorg semua bising betul menjerit-jerit. Lama-lama, semua dah diam. melayan perasaan, mengantuk jugaklah sebab perjalanan dalam 30 minit-45 minit camtu. sambil ditiup angin sepoi-sepoi mana tak ngantok huhu. sepanjang perjalanan, memang tak nampak apa-apa kecuali laut yang terbentang luas. Masa tu aku terfikir kalaulah
boat ni terbalik nauzubillah, macam mana lah agaknya erk. kalau pandai berenang pun sampai bila ko nak berenang ? yang tak pandai berenang tu, hish memang kena mengucap awal2 lah jawabnya heheh.

bila hampir2 nak sampai, lama kelamaan kita dah boleh nampak air laut tu berubah warna jadi kebiru hijau-hijauan. Cantikkk dan jernih sangatt subhanAllah Alhamdulillah Allahuakbar. memang tak dapat nak digambarkan dengan kata2 memang 
cantik sangat pulau perhentian ni, takyah pi bora bora atau maldives lagi lol.


atas jeti sementara tunggu boat yang kedua sampai.

actually bila tengok warna biru, dah tak rasa macam kat laut. macam kat kolam pun ada. Sampai aku terfikir, air ni masin ke tak erk ? haha. banyak laa tak masin, time snorkelling aku terhirup tertelan air, buek masin. Hoii air laut kott ko expect rasa lemak manis ala amboi amboi ke ape haha.

snorkelling.

Okay ni paling best sekali hahaha. Aku teringin sangat nak try snorkelling. Point pertama, kita start dari tepi pantai sampai ke tengah laut, kat jeti.
Yang ni okay lagi sebab kalau tak berani, ktorg boleh main bagi makan ikan kat tepi pantai. Time point pertama, aku tak berenang sampai tengah pon sebab takut lah woi. tapi aku dapatlah tengok coral dan ikan2 haha. aku kemain beria nak 
beli waterproof handphone casing, padahal kalau time sibuk nak berenang tu memang taklahh aku nak snap gamba !tak memasal handphone aku terlepas tengah laut. lol. pastu brader tu suruh ktorg turun tengah laut start dari jeti terus,dia cakap penat kalau berenang. so aku start dari tengah, pergh dalam gila kot, memang tak jejak bawah langsung. aku memang takut tapi rasa rugi kalau tak turun so seboleh-boleh aku berani kan jugak diri aku. Aku yang beria nak sangat pergi pulau ni, takkan nak lepaskan peluang begitu saja, ye dak ? haha.

Bila lebih kurang 30 minit di point pertama, ktorg dibawa pulak ke point ke-2. Nak mengOMG kan cerita, boat berhenti tengah lautan kot! ko ghase ? brader tu suruh turun, aku turun jugaklah. Azam aku, setiap point nak turun
walaupun sekejap hahaha. 


Tak semua yang turun sebab ada je yang tak berani. Aku pon honestly takut jugak nak turun, tapi berani kan lah jugak diri ini haha. Walaupun aku gagal dalam water confident 3 tahun lepas sehingga diselamatkan abang sado lol, aku dapat rasakan pengalaman water confident itu lah yg menyebabkan aku boleh turun ke laut, so this is not my first time lah kiranya mengapungkan diri di tengah lautan.

Kalau yang tak boleh berenang tu, susah sikitlah bila snorkelling ni. kalau pandai berenang memang bertuah lah sebab dapat explore seluruh lautan amboi. banyak tenaga kau haha.



Nampak macam cetek sebabnya air tersangat jernih, tahu tak coral tu semua di dasar lautan ? Dalam kottt.

Kan dah cakapp crystal clear sangatt.
Rasanya kalau kau terkentut dalam air pon boleh nampak hahaha.


Point ke 3, lebih kurang sama dengan point 2 cuma coral dia lain sikitlah. Spesies ikan pun ada lain2 jugak, kat sini brader tu cakap ada shark tau ! dan kalau bernasib baik boleh jumpa penyu. Shark dan turtle lah tarikan di pulau perhentian! Pulau lain mana ade cewah. Tapi semua dah takut sebab ko bayangkan tengah menyelam tetiba jumpa shark depan mata ko, kalau aku, boleh tenggelam tetiba sebab terkejut hahaha.
Diorang cakap, shark malaysia tak makan orang sebab air laut kita dah panas. Tak macam negara omputih, air laut sejuk so bila ada manusia berdarah panas, tu yang kena ngapppp. haha takut plak aku bila teringat cerita shark, manalah tahu tetiba nak jadi cerita tak logik kann time tu air laut tetiba sejuk tak memasal hilang kepala wkwkwk. jk. banyak tengok cerita ni lah jadinya.
so kat sini ktorg berenang dekat2 boat je. lagipun masing2 dah penat, ada yg kaki luka tercucuk coral, ada yg mabuk laut. kaki aku pon luka sikit sebab terlanggar coral.




Actually selepas point ke 3, semua dah penat so brader tu bawak ke lata air berani, ada macam air terjun. sejukkk sangat air tu. Yang mabuk laut boleh mandi air sejuk tu untuk segarkan badan.


 
Ombak rindu sangatlahh duduk atas batu.



Ktorang semua mandi air sejuk segarkan badan kat sini perghh best sangatt. Tapi tak jumpa gambar proper plak, maka tak dapat taruk gamba kat sini haha.

Lepas tu, ktorg dibawa ke last point, kat sini ktorg tukar baju/solat/makan.



Cantikk tau masjid ni subhanAllah. Rasanya masjid baru, sebab nampak macam baru je siap. Ala-ala masjid terapung gitu sebab kat bawah tu boleh nampak air laut.

Titanic jap sebelum balik.

Pastu balikk lebih kurang pukul 4 petang. tak leh blah semua orang sumbat satu boat, amboi aku risau sungguh boat terbalik tengah lautan.

Brader boat turunkan ktorg atas papan gogoyang ni.


Muka happy tapi penat.
Ada rezeki jumpa lagi tau mr perhentian ! heheh.

singgah makan sebelum balik. lapar wooo, sepanjang hari ktorg cuma makan benda ringan2 je.

Kitorang ambil pakej dari sini.

apa pun, memang best! 
Satu lagi kenangan telah tercipta ewah.
Lepasni entah bila dapat pergi sini lagi, agaknya tunggu honeymoon kot :P

To unisza students, especially kampus besut, recommended sangat pergi sini ! Pergi sehari je dah cukup, alah ko pergi lama2 pun nak buat apa. tengok pantai je bosan jugak. sesuailah untuk yg suka extreme sports macam scuba diving/snorkelling.
aku ni suka mencuba je, wkwkwk.


Doa melihat alam 
Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka jauhkanlah kami dari azab api neraka.

Ali Imran 3:191

Have a nice day !

p/s
For cute DIY gifts, just click the banner on the top of my blog to purchase now!


2 comments: