Friday, July 8, 2016

Raya 2016 : 1 & 2 syawal

Assalamualaikum.
HAI LAMA TAK UPDATE !
haha sebab bulan puasa ni kan tadop wat mende pong. Alhamdulillah dapat menyambut raya dengan family tahun ini (macamlah selama ni tak dpt bersama family lols) Yelahh kan kot2 lah tahun depan raya dengan family mertua pulak lewls. Cuma tahun ini nunun je takde, ibu cakap jangan upload gamba makanan2 kesian kat nunun kahkahhh. Nasib ko lah nakkk.

1 syawal

Tahun ni kitorang raya pertama di Bukit Piatu. Petang 1 syawal, baru ktorg pulang semula ke Lubok China. Sejak pindah sepenuhnya di Lubok China, ktorg memang tak pernah dah 1 syawal kat Bukit Piatu. Ade lebih kurang 9 ke 10 tahun kot tak raya di Bukit Piatu. 

selfie keluarga. Muka kena censored sebab beso sangat hahaha!

bersalam-salaman.

Reaksi dua orang boys bila disuruh ambik gambar sama-sama. Buat taktau je !

Dua orang boys akhirnya kena marah lalu dipaksa ambik gambar. Ni satu-satunya gambar diorang. Nasib baik muka ada senyum sikit. The boys pakai kurta macam bangla hahaha. 
Ceritanya, ibu beli kurta untuk amer saiz M, aid saiz L . Kurta jimatlah sebab budak 2 orang ni memang tak suka pakai baju melayu, so membazir beli satu set. Jadilah dua beradik pakai kurta di pagi raya, sorang pakai dengan tracksuit sorang lagi pakai dengan seluar tahun lepas haha! Takde rasa nak bergaya langsung pelik haku.
Nasib baik ibu tak belikan jubah, mampuih diorang taknak pakai agaknye hahaha.

The girls. Tahun ni takde kaler sedondon, hantam saja lah apa yang ada, and 100% ibu yang belikan jubah, pilihkan tudung. Kitorang buat tak kisah je nak kaler ape nak gaya apa, ikut lah ibu haha. Ibu knows better, kalau kasi aku yg pilih sendiri takkan ade baju lah nampaknya dek sibuk membuat pilihan pusing satu mall pon takde baju yang berkenan.

With ibu and ayah. Takde satu pon gambar ayah pandang kamera kbye.

Ayah, ibu, nenek. Ni ayah minum air pulak. Ayah memang suka acah-acah candid kot LOL.

Nunun beraya kat embassy tokyo. Jangan sedih ! haha. Ktorg video call je di pagi raya. Bebudak study oversea zaman skrg kan, time cuti je ko nampak muka dia kat Malaysia so takde lah feeling sgt pon, bulan depan pon nunun balik Malaysia kot! Cuma mungkin sedih tu sebab tak dpt raya sama2 lah, tu je. Paling syahdu lepas pergi embassy tu some of them terus pergi kelas haha what sumpah sedih orang di malaysia riang ria raya makan ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi ehh ternyanyi plak.


Seingat aku, raya pertama di Bukit Piatu paling meriah sebab awal2 pagi bebudak serta family jiran2 terdekat akan datang bersalam-salaman. Masa aku kecik2 dulu, banyak rumah kasi duit syiling dan paling banyak pon RM1. Best ! Tapi ni dah zaman paling kurang pon RM3 amboi sgt kan bebudak skrggg. Dan tradisi tu masih ada sampai skrg, cuma kami dah besar tak join lagi lah, dahlah orang datang rumah nenek nak bersalam-salaman ktorg baru terhegeh nak mandi ahahaha. Tapi ramai gila budak2 yang datang dengan parents diorang, ada yang datang sendiri. Lebih seratus orang budak taktahu mana datang. Sebab aku duduk sebelah nenek, nenek bagi sorang RM1 and RM100 telah dihabiskan (nenek tukar RM1 100 keping). Lepas aku bagi tukar duit dengan nenek pon still tak cukup, last2 nenek standby duit syiling hahah. 


Yesss dapat duit raya dari amer! keje bank kalo tak dapat duit raya taktau lah den. Tapi aku ni dah bebesar panjang ni takdelah mengharapkan duit rayo dah, rasa malu pula untuk menerima duit raya haha. Tapi still ada mak ayah sedara dan abang yang penyayang lagi pemurah hulur duit, takkan nak tolak. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari kiki. 

Selain itu, cewah pagi raya juga hujan turun dengan lebatnya! Basah kuyup kasut ktorg semua, nasib aku agak baik sebab malam raya tu sempat keluar beli kasut last minit lol. Pastu ibu dengan ayah je pi kubur, sebab malas dah hujan lepastu buntu nak pakai selipar apa pon takdak kahkah alasan sgt.

Sebelum balik Lubok china, singgah rumah nenek saudara kat Bukit Beruang. On the way balik, zuhur di Batu Berendam dan shooting raya kejap. Alasannya tak dpt cari pemandangan yang best kat rumah nenek. Cadangnya nak ambik gambar berempat (ibu, aku, liah, amal) tapi ayah dengan aid dua2 tak memberi kerjasama, taknak ambikkan gambar kitorg. LOL bosan kan org lelaki rumah aku, semuanya tak suka bergambar cis. Tahun ni pon takde ambik gamba kat studio mcm tahun2 sebelumnya sebab nunun takde, baju pon tak sedondon kiki.

Photoshoot kat masjid Batu Berendam pon bolehlah.

Sampai rumah uwan lubok china, dah petang dan semua saudara mara dah pun terbaring tidur dah tukar baju. So takde dah sesi bergambar. Tamat cerita raya 1 syawal hehe.

2 syawal

Bangun pagi, bersiap pakai baju kurung bagai dan pergi menziarahi kubur. Teringat arwah atuk, masa baca yaasin tu terbayang pulak hari atuk meninggal. Sebabnya aku baca batu nisan tu, tertulis 21 Ogos 2003, jam 6.50 petang. Masih segar di ingatanku (ayat novel sgt), masa tu hari khamis, aku baru darjah 4, baru balik dari sekolah agama lalu tidur. Bangun2 je tidur aku pandang jam dah nak dekat maghrib, ibu tengah cakap telefon sambil menangis, aku dengar ibu cakap dengan sape tah, abah meninggal. Pastu aku tanya, "ibu, atuk meninggal ke?" . 

Masa tu terus rasa tak percayaa. Malam tu balik kampung, masa tu arbaayah my best friend pon ikut sekali. Dia cakap nak ikut sebab memang Baayah kenal semua saudara mara aku termasuklah uwan atuk semua. Laa ni Baayah langsung tak contact aku dah, i tried few times contact dia, tapi selalu dia tak balas dan ignore aku maybe dia ada lah masalah sendiri kot. Lalu akhirnya ktorg lost contact yelah, aku pon busy lah dgn study apa semua.  Tadi ingat kat arwah atuk, tetiba Baayah pulak? haha.

Apa pun kehilangan tu sangat terasa, uwan and atuk lah yang jaga kitorang masa ibu masuk maktab dulu. Masa aku tadika, arwah atuk selalu tertidur dan lupa ambik aku dari tadika, lalu aku menangis hahaha (masa kecik aku cengeng gila). Alfatihah untuk arwah atuk :(

Thank you to Aniq tolong ambikkan gamba gegirlss! Aniq dahlah comel tembam baik lak tu kahkah.

Baju kurung tahun lepas, tapi baru siap tahun ni. haha. Yang tengah tu bajet tinggi je, padahal songlap wedges aku.

Sedara sebelah ibu dtg rumah, kelly paling tantek!

Cousinss.

Aku kalau takde org calling mengajak raya tahun ni, malas aku nak keluar rumah hahaha. Oh ya tapi aku sangat mengalu-alu kan kawan2 datang ke rumahku yeay! Biasanya Ummi yang rajin beraya, kalau takde dia, tak bergeraklah semua haha.

Itu sahaja cerita raya tahun ini, kalau ada cerita lagi adelah part II nye. Takde tu maknanya aku hanya duduk jelah di rumah meraikan syawal yang sangat indah ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua pembaca belog ini.
Moga anda semua bahagia di samping keluarga tercinta.

No comments:

Post a Comment