CLICK HERE

Wednesday, November 15, 2017

Good and bad times in my life

Hi and assalamualaikum.

So aku akan buat beberapa pos sekaligus, dan ada yang aku akan gabungkan cerita dalam satu entry. Maklumlah banyak cerita dah tertangguh wahh gitu kan. Sesungguhnya aku tak pernah berniat untuk tinggalkan dunia blogging, aku masih minat menulis dan rasa macam tak lengkap pula hidup ini kalau kisah aku tidak diabadikan dalam blog ni haha.

Dalam group ws, prof cakap lama dah aku tak update blog hahahaha. Terharu, ada juga yang masih sudi jenguk blog ni. hihik.

1) My first car

Alhamdulillah, akhirnya selepas setahun kerja, i got my own car on NOV 2017. Kira gigih lah jugak aku selama ni, bawak kereta manual ayah. Balik melaka, kadang2 kena relief/ambil barang dekat KL, bawak manual dengan jammed nye kahkah. Tak plan pun mula2, ceritanya ayah minum kat kedai pakcik Taha, ada banner car dealer kepunyaan anak pakcik taha, kak ema. Ayah wasap kat aku gambar tu, pastu tak tahu kenapa aku terus cakap "hah beli lah kereta baru". Then tiba2 kak ema call. Gedebak gedebuk aku terus pergi sign agreement dan dalam masa tak sampai 3 minggu dah dapat Axia baru haha. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Tapi memang ibu ayah dah suruh pulangkan viva tu, because aku dah lama kerja, duit simpanan tu adelah sikit2, pastu kesian liah pakai kancil buruk kat kampus. 

Gaji aku memang tak besar mana, tapi alhamdulillah cukup je setiap bulan, belum pernah lagi aku rasa 'sakit' sementara nak tunggu gaji tu malah aku boleh simpan sikit setiap hujung bulan duit gaji aku. Alhamdulillah mampu bagi ibu ayah sikit, bayar hutang ptptn, bayar kereta dan sewa rumah. selebihnya bukan beli apa sangat. Salah satu faktor duit aku tak jalan sangat first, aku kerja kat BK, dah jimat duit makan(in fact aku bukan makan sgt pun lol) dan second, pergi kerja pakai uniform so aku pun tak ingat bila dah last aku beli belah tudung/baju like zaman study dulu pantang nampak tudung/dress hahahaha. Dan my basic salary pun dah naik start bulan ni hoho. 

Dan ada kawan yang pinjam duit aku beberapa kali, tapi gaji dia lebih tinggi dari aku. Aku terfikir jugak, ke manalah duit dia tu, gaji dia lebih banyak dari aku. Betullah apa yang dikatakan dengan keberkatan rezeki, kalau rezeki itu berkat, gaji 1k pun akan cukup, kalau tidak berkat gaji 10k pun takkan pernah cukup. Bukanlah aku nak kata gaji dia tak berkat, gaji aku berkat, cuma perkara itu mengingatkan aku supaya perlu sentiasa bersyukur . sebab kadang2 tipu lah kalau aku rasa gaji aku skrg tak cukup, kadang2 pernah jugak membandingkan kenapa gaji dia lagi tinggi, dia diploma je pun, aku degree kot, hahh setiap org rezeki dia lain2 kan. Bersyukur je k:)

2) REV A

Alhamdulillah, 20 July 2017. Long awaited REV iaitu food safety audit yang paling penting dalam BK. Our store got A. Bukan senang nak dapat A, terlalu banyak yang kami korbankan. Korban masa dan tenaga, dah lama kami prepare for audit ni dan hasilnya amatlah menggembirakan. Lega sangat2. Aku ingat lagi tarikh tu sebab tarikh yg sama dengan birthday amer, malam tu jugak aku dengan amal celebrate birthday amer dengan kawan2 dia kat Dataran Putrajaya (dengan uniform lol). Lepas celebrate birthday amer, celebrate plak dengan team semua kat store. Good job team! Kita tak mungkin dapat A tanpa teamwork korang semua. Masa tu amal masih kerja kat BK, team masa tu memang semuanya happening dan sangat memberi kerjasama pada kitorang. Rindu gila team yang lama! Now hari2 kitorang ada masalah dengan team member, semua tak mendengar cakap dan memeningkan kepala haha. 

Takde gambar plak nak letak, gambar aku dah transfer kat laptop. Laptop tinggal kat Pjaya haha. So alang2 tu aku tepek lah beberapa gambar, fon aku pun dah penuh da, entah bila nak transfer tak tahu haha.




Movie timeee. Annabelle.

Selfie kat mainboard (lol)

Selfie tak habis2.

Main bowling. Malu giler, aku tak reti main asyik masuk longkang je. Tapi aku sorang je dapat strike LOL.

Masa tu memang wajib kot lepas closing je selfie ?

Annoying crown, need to wear it during weekend. Annoying sebab sikit2 terjatuh, sakit hati.

Wayang lagiiii. Tengok cte Amytyville. Sumpah bangang movie ever.

Aidiladha 2017.


Fatin's last day.

With counter team.


Kakyam's last day. DIa ni pepelik tak paham aku hahaha.

Pantang ada promo kat kenny, makan sini.

Hazim's last day.





3) Stress

Selepas team yang memberi kerjasama itu semuanya berhenti sebab new sem dah start, kami kembali patah kaki sebab crew takde. Bermulalah episod sorang berhenti, pastu sorg lagi berhenti tak tahan. Lepas sorang sorang berhenti, dengan alasan tak tahan dan penat. Yang tak boleh tahan, mereka berhenti macam tu je, tak inform. Apa perasaan aku, bila aku shift opening tapi aku sorang2 je. Crew tak datang, dah berhenti. Sakitnya hati tuhan je yang tahu. Masa tu aku rasa macam store itu disumpah pula, lepas sorang sorang berhenti dan menghilang hahaha. 
Pernah aku interview sorang lelaki berumur 40 tahun dan disebabkan terdesak, aku ambil je dia kerja, dia kami specialized kan bekerja kat bahagian dining. Padahal pernah boss aku ckp, tak perlu lah kami ambil org yang terlalu tua, sebab org tua ni lain. Mana dia nak dengar cakap engkorang. Tapi masa tu we were like desperate giler haha. 
Di sini bermula stress aku bila mana orang tua ni sangat sensitif dan emosi. Aku tak faham apa salah aku malah aku tak tahu di mana silapnya, dia cari pasal dengan aku. Aku ingat lagi aku call ibu menangis nangis nak berhenti kerja sebab si tua tak guna tu (aku rasa dia ada masalah mental) Masa tu Adah ada menenangkan aku, Adah kata "kenapa kau nak hancurkan masa depan kau sebab dia" hahaha macam lawak pulak. Ade ke patut aku nak berhenti sebab nak elak dari org gila tu haih bodoh ke aku ni. Tapi masa tu aku memang tak boleh nak berfikir. Last2, org gila tua tu yang berhenti kerja, aku buat report kat orang atasan, i informed my boss semua. Like kau yang mulakan dulu, bagi aku dia dah mengganggu emosi aku. Aku tak nak datang kerja, aku bgtahu RM, aku tak nak kerja nak ambil cuti hahaha. Tapi luckily dia dah tak dtg kerja dah, tu laaaa. Takde pasal cari pasal haha. Pengalaman betol.
So kerja macam ni mostly memang kau akan stress dengan perangai dan ragam manusia yang bermacam macam. Aku dah masak kena marah dengan customers, aku dah masak dengan perangai crew, sampai satu tahap aku dah tak mampu nak kata apa dah. Crew aku dtg lambat/ponteng kerja, aku dah tak mampu nak marah. Aku diam je. Kena marah dengan cust sebab service lambat crew takde, aku redha je. Ko bebel lah banyak mana pun customer, aku hanya mampu senyum dan minta maaf je. Ko stress makanan kau lambat, kau tak fikir aku ni lagi stress, time shift aku- aku lah manager, aku jugalah yg ambil order, aku jugalah yang buat burger dan aku juga lah yang kemas meja yang bersepah sebab korang! Memang dia ada hak untuk marah, tapi sekurangnya please ada adab sikit, ada ke patut tengking depan org ramai. Hohotak dia ingat aku ni apa. Ada yg kata "patutlah kerja fast food". Hellooo, ini 2017 okay? kerja fast food pun memerlukan diploma/degree. Dia ingat aku budak spm bebodoh je kot. Even crew aku skrg ni pun ada diploma in finance. So berhenti lah pandang rendah, yang bercakap tu pon ntah2 spm pon failed hahaha. Ada customer yang memahami, dia kata kesian adik, nampak penat dah. Thank you utk yg memahami. 
Mesti yang suka marah2 tu bodoh punya orang hahahahah kan dah kena. Kadang2 bila org yg perangai takde adab ni muncul, automatik i was like blergh GOD BLESS YOU.

Eh panjang plak part stress ni, nampak sangat dah lama pendam stress tu bhahaha. Sebab tu aku kalau nak tukar kerja, aku tak nak dah kerja yang hadap orang. Aku nak kerja yang hadap komputer/kerja kat lab hadap machines. Muak aku tengok wajah wajah manusia ni sebenarnya. Penat nak berlakon baik tapi dalam hati menyumpah nyumpah bhahahahha.

4) Tembila again

Amal dapat sambung degree kat Unisza, sc komputer course. LOL boleh plak sama U ngan aku lepastu dapat kampus tembila. Legend sangat sangat. So dapatlah ke Terengganu again, aku dengan gigihnya nak jugak cuti untuk ikut menyibuk gi Ganu haha. Tak sangka dapat dtg Ganu lagi, time konvo haritu poyo2 je buat ayat sedih "bila agaknyaa dapat dtg ganu lagi". Tak sampai setahun lepastu sampai lagi kat sana LOL. So dapatlah membelanja TH Hotel satu malam haha. 


Aid paling hepi. Sibuk paksa ktorg masuk kolam. Malangnya masa ktorg dtg ni, tmpt permainan tu under construction hok aloh spoil!

With my baby boy. My baby skrg kat Acheh, Indonesia. Ada program Bahasa Arab. OMOOO miss you baby boi. Congrates my boboi dapat no 3 dalam kelas, no 7 dalam tingkatan utk exam akhir tahun. huhu Alhamdulillah, why my baby sangat pandai hah???!


Aku paksa boboi ambik gamba kat sini..sebab...

Kiri, tahun 2012 daftar akak. Kanan, tahun 2017 daftar amal.
Di tempat yang sama hahaha. Masa tu iye kecik pendek gemok, sekarang semua baby fat dah hilang dan lagi tinggi dari akak. I miss your chubby face!!!


Blaja lah rerajin dak beng, Allah knows best. Nikmatilah kehidupan di Tembila tu best noks BHAHAHA.


Disebabkan amal sambung unisza, so InshaaAllah laa akan dtg Ganu lagi.


Habis update for now..will continue lagi tapi next entry.

Now akhirnya dapatlah berehat seketika bila store kami renovate, so dapatlaa cuti beberapa hari. Dua minggu jugak store tutup, tapi dapat cuti 5 hari je. selebihnya kena kerja kat tempat lain, okay lah tu kan. Dapat rehat dari customer hahaha.

GOOD TIMES BECOME GOOD MEMORIES AND BAD TIMES BECOME GOOD LESSONS.

Bye see ya next entry.




Product review: Vitamin C dan ESP Shaklee

Assalamualaikum.

Lama betul kan menyepi dari dunia blogging hehehe. sebenarnya macam2 tau aku nak update tp kekangan masa. Dah kerja, busy kan hehe. So skrg aku dapat cuti panjang, so nanti next entry aku akan update dalam masa terdekat sementara cuti ni hehehe.

so skrg aku nak buat review produk. Lama tak buat review. dan aku tak tahu lah kalau ada org masih baca ke tak blog picisan ini heheh. 

Sebenarnya kan, kalau korang google review Shaklee, tak akan jumpa pun honest review yang datangnya dari orang macam aku. Iaitu orang yang membuat review tapi dia tak menjual pun! Dia hanya review kerana dia betul2 mencuba produk tu. Sebab setiap kali aku cari review, mesti last2 bawah tu dia akan tulis, untuk purchase sila contact no yang berikut blablabla. So kau akan ragu2, dia betul2 cuba ke atau dia nak market produk dia je.

So aku kat sini ingin memberikan honest review selepas aku try selama dua bulan. Now esp aku dah habis pastu i dont have time to buy the new one. Pada mulanya, aku nak beli ESP je sebab aku ada masalah kulit sensitif di mana aku tak boleh usik kulit aku. Kalau usik nanti ianya akan meninggalkan parut yang hodoh huwaaa:((( Tu salah satu tanda kekurangan vitamin dan protein. Sebab tu aku mengambil keputusan untuk consume protein secukupnya melalui ESP. Lagipun, aku kerja memang tak sempat langsung nak breakfast, tahu2 je dah sibuk sampai petang, pastu petang mesti perut aku sakit masuk angin. Aku risau jugak kalau lama2 boleh kena gastrik. Aku pun kerja shift maka waktu makan aku tak teratur. Ada masa, aku makan. Kalau busy, tengah malam baru makan.

Untuk vitamin c plak, aku memang mengamalkan makan vitamin c sejak beberapa bulan yang lalu. Untuk kulit muka, sebab katanya vitamin c bagus untuk kulit. Entah aku tak nampak plak perubahan yang ketara LOL tapi aku perasan jerawat sangat jarang tumbuh sejak aku makan vitamin C kecuali tumbuh time period je tu pon seketul dua. Haritu masa nunun kawen, kwn nunun mekapkan, dia kata muka aku senang makeup, effortless sebab kulit dah cantik ewah. Maknanya takyah nak pakai foundation tebal. Dia yg kata, adakah sebab vitamin c bhahaha. Dan sekarang aku tak guna apa2 produk pun kecuali pencuci muka nano white dan aloe vera sahaja tapi alhamdulillah muka aku okay takde apa masalah. yelah takut juga sebenarnya nak pakai produk2 ni.

Sebelum ni aku consume vit c brand cebion, beli ikut bajet. Kalau bulan tu bajet banyak aku beli yg effervescent(quite pricey tp sedap gila bila larut dlm air), kalau bajet sikit beli yang chewable, kalau tak ada bajet langsung, aku beli jenama watsons je sbb murah(tapi tak sedap). Dan vit c juga bagus untuk immune system, and i cant remember when the last time i got flu/fever! Kawan sekerja dah 2,3 kali mc, dan sudah setahun lebih sepanjang aku kerja, aku tak pernah ambil mc. Sekali je aku pernah demam tu pun kebetulan jatuh pada hari rest day aku. Alhamdulillah vit c cuma ikhtiar, Thank Allah for give me a good health. forgive me kadang2 jeles tgk org dpt mc tp aku x de mc. haha. 

Kebetulan masa aku nak beli ESP tu, vitamin c supply memang dah takde. Aku memang tengah tunggu gaji je nak serbu watsons. Tapi baru teringat, Shaklee pun ada vitamin c jugak. Sebotol ada 180 biji, tahan selama 6 bulan! Hanya RM 98. So baik aku beli Shaklee dari cebion yang mahal gilo, ada 40 biji dah RM60. Tapi vit c shaklee ni jenis telan macam ubat, cebion tu sedap buat air minuman pergh! part tak best bila kena telan mcm telan panadol, aku susah sikit nak telan ubat. tp demi kecantikan kugagahi juga, ewahhh gitu kau!

Aku pon google Shaklee COD putrajaya, jumpa sorang akak ni duduk kat presint 14 sama gak mcm aku. Maka aku pon mintak dia COD ke rumah kedua-dua produk ni. Harga satu tong ESP RM161. Kat lazada aku nampak ada jual yg murah, tp aku malas laa nak pos2 ni. COD lagi senang. Kang barang tak sampai, rugi la duit aku.

Apa yang boleh aku katakan pasal ESP ni, sangat best! Ianya sedap dan sangat sangat mengenyangkan. Pagi2 aku minum, sampai pukul 4 petang aku tak rasa lapar langsung wei! Sakit perut pun tak huhuhu. Sungguh nii, bayangkan kalau aku makan nasi lemak pukul 10 pagi beli kat cold storage lol, pukul 2 ptg perut aku da berbunyik balik. Aku pon pergi laa cari nasik plak bhaahahaa. 

Tapi sejak ambil ESP ni, aku memang tak makan nasi sangat. Pagi teguk ESP je, petang lepas selesai urusan kat bank, pon masih tak rasa lapar. Selalunya cukup aku makan sebijik burger haha. Pastu balik rumah makan roti. Pergh memang tak makan nasi langsung, skrg aku makan nasi sminggu sekali je bhahaha. Ikutkan aku yg nak diet ni, pagi petang aku nak minum esp bagi tahan lapar tapi dah jadi tak sihat plak nanti kalau tak makan langsung kan. TAPI PERUT AKU TAK BERBUNYI LANGSUNG EVEN PUKUL 4 PM STILL TAK MAKAN APA APA SELAIN MINUM ESP. AMAZING KAN. Haritu timbang berat masa pergi Terengganu, berat aku 55kg, now berat aku dah 50kg je hahahaha. mana tak kurusnya, tak rasa nak makan nasi! seluar pun aku dah beli baru sebab seluar lama dah longgar mcm x selesa dah nak pakai. Ibu bising jugak kat aku, sebab not healthy katanya tp aku still ambil carbo(i replace nasi kepada roti so masih balance la kan diet aku hahaha). tp i masih ambil nasi yer, cuma jarang. dan ianya mengawal selera makan, aku suka beli jajan2 kat cold storage, sambil kerja sambil tangan dok makan. so makan esp ni kurangla sikit perangai x senonoh suka makan jajan tu haha.

Tapi aku still tak nampak apa2 effect pada kulit, mungkin ambil masa jugak kot sebab parut aku, kebanyakkan parut lama. Kat muka pon tak nampak sangat cuma kalau jerawat nak tumbuh, dia takkan membesar. dia akan mengecut balik. Dan i have a normal skin, kulit aku x bermasalah sgt, aku jarang breakout so im not sure lah. 

Kalau nak tahu apakah kelebihan ESP dan vitamin C, boleh google sendiri atau follow je penjual shaklee kat instagram. Malas plak aku nak copy paste sini, haha sebab aku just nak cerita pasal pengalaman aku consume je, tu je kk. Tapi sangat sangat recommended untuk busy women yang tak sempat nak makan, memang boleh bagi kita tahan lapar dalam masa yang sama dpt mencantikkan kulit. Lelaki pon boleh minum jugeekk.

ESP sedap sangat boleh blend dengan buah. Tapi aku biasanya akan minum dengan milo atau fresh milk. Selalu bangun lambat, mana sempat dah nak memblend buah plak. Sedap gilaaa k. terus kenyang tak rasa nak makan nasi lemak dah bhahaha.


kalau sehari makan 1 sudu, boleh tahan 2 bulan. Ingat, apa yang kita makan perlu moderate ye. Jangan obses nak kurus ke, nak cantik ke, ko makan sampai 5 sudu sehari. maximum 3 sudu sehari. Protein kalau berlebihan pun x bagus jugak. Dan jgn bancuh dengan air panas, nanti protein akan denatured so khasiatnya hilang hihiks rindu plak nak study lagi.

ni plak kalau makan sebiji sehari, tahan 6 bulan k. vit c pun tak boleh berlebihan, cukup je sebiji sehari. maximum 2 biji (1000mg). Apa yg aku faham sustained release tu dia akan release secara perlahan dalam badan so sepanjang masa badan kita akan dpt supply vit c tu.

p/s,
Ada yg kata shaklee products ni tak bagus apa semua. tp bagi aku, okay je kalau kita ambil secara moderate, dan kita tahu badan kita memerlukan apa. Setakat consume vitamin dan protein utk kesihatan, apa salahnya. Bukan aku makan macam2 supplement pun. ye dok, ikutlah pendapat masing2. Lagipun aku ni mmg tak makan sayur, buah jarang sekali, so dari mana nak dpt sumber vitamin kalau bukan dari supplement kan. 

Wednesday, July 12, 2017

Raya 2017

Assalamualaikum.

Busy baru ada masa nak hadap blog hahaha. Macam banyak je cerita tapi tak terupdate..Tahun ni pengalaman berpuasa dan beraya sambil bekerja. Dan worst gila sebab kitorang ambil crew lepasan spm dan semuanya berhenti sebelum puasa. Bila ada yang datang iv, semua nak cuti lama lama. waddeheck manager pun cuti 2 hari.

Maka terjadilah episod kami lah crew, kami lah manager. BK takde ot for manager, so memang ktorg kerja free jelah. Masuk pagi tapi 8,9 malam baru balik sebab nak cover crew shortage. Customer plak puasa hari first dan second je x ramai, lepastu pergh memang ramai sampai rasa nak mengamuk pun ada. KAMI NAK BERBUKA JUGAK OKAY wakaka.

Episod paling worst masa hari raya ketiga, ada 3 orang crew sahaja apak dia hahaha. Tapi itu semua pengalaman lah ye dak. And sekarang amal tengah cuti sementara tunggu masuk universiti, so dia tinggal dengan aku dan kerja kat aku haha. Ikut shift aku. Mula2 kesian kat amal sebab tak ada crew, dia terpaksa kerja pagi sampai malam. Total ot dia aku kira haritu adalah hampir 50 jam lol. Tapi okay lah ot berbayar, kami manager ni ot free je ahahaha.

Dan peliknya bebudak ni kerja mengikut kawan. Kawan berhenti kerja, dia pun nak berhenti kerja. Kau tengoklah lepasni engkorang dah habis study nak kerja apa semua, celah mana nak mengikut kawan lagi. Malas dah nak fikir pasal masalah crew yang macam tak ada otak dan tunjuk sangat kebodohan tu. Padahal masing2 dah besar, I wonder what you'll be in future (just wait and see). Budak2 sekarang macam dah tak ada adab agaknya. Nak kerja, dah bagi kerja. Bila dah bosan diorang boleh blah macam tu je macam lah kompeni ni bapak diaorang punya. Sebab tu lah melayu tak maju sampai bila2, masih di takuk yang lama. Tapi heboh kata kat Malaysia ni tak ada peluang pekerjaan last last salahkan najib (im not najib's supporter lol). Cuma point aku kat sini ialah sendiri punya salah, tuding jari ke orang lain. Sebenarnya bukan tak ada peluang pekerjaan tu, cuma sikap korang yang memilih kerja dan nak hidup senang je. Hei, bukan senang nak senang okay!

Cukuplah membebel. Sebenarnya hampir setahun dalam bidang ni, kami dah handle beratus perangai manusia hahaha. Kau nak blah macam tu je pedulik hape aku, gaji aku tetap jalan. Cuma kami akan pastikan gaji kau yang tak berjalan. So terima kasih berikan kami tenaga kerja percuma. kehkeh.

Puasa tahun ni juga hanya dapat berterawih 2,3 kali saja tu pun sebab aku balik Lubok China. Kalau time kerja, even morning shift pun kitorang tetap kena stay back until customers berkurangan. Padahal target aku nak solat terawih at least sekali di masjid putrajaya hmm tak ada rezeki. Lepastu tetiba tengok2 dah rayaaa. Seriously tak rasa sangat pun berpuasa tahun ni sebab busy kerja. Baju raya pun sehelai je, tudung pakai ibu punya, hahaha tak kisah langsung dah. Sebab raya pertama dan kedua kena kerja! LOL nasib baik raya first tu pakai baju raya, kalau pakai uniform mahu tak sedih.



Beberapa hari sebelum raya, cari tudung raya kat Downtown. Pergi lepas closing sampai 3 pagi. hahaha. Kesian kat amal takde tudung raya, masa tu crew tinggal beberapa orang je. So memang tak ada masa nak pergi kecuali tengah malam. Pergi lah dengan semua closing crew. (Pergi pun pakai uniform haha)


Malam raya, after closing pukul 12 malam gerak balik ke Lubok China. Sampai rumah pukul 2 pagi. Layan jelah gambar di pagi raya.

Team purple! (Tapi amer beli baju pink hahaha)










Pukul 12 pm, dah gerak balik ke Putrajaya sebab kitorang kerja sobsobs:(
Aku cuti raya ketiga dan keempat. Layan pulak gambar bekerja di hari raya.








Best gila masa raya first ni sebab makan tak berhenti. Masing2 bawa ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi ewah. hoho.
Raya ketiga dan keempat, sambung bercuti.

Semua saudara mara datang rumah. Akhirnya dapat jumpa haider anak pakcik <3 font="">
omey sangat budak kecik nii.


celpie dengan haider. muko masam yo haha.

cak !

kelly budak jeles.



Lepastu raya keempat duduk mereput kat rumah. Tak keluar mana2. Tak tahu kenapa malas sangat padahal Ummi ada ajak datang open house rumah dia haha. Plan asal, raya kelima baru start kerja dan balik Putrajaya. Malangnya aku kena relief ke Wangsa Maju so malam tu jugak balik Putrajaya. Gila aku dah tak nak ingat lagi sebab sakit hati je. Diorang punya pasal, dah menyusahkan orang lain. Nasib baik aku tak keluar mana2 hari tu. 

Tamatlah cerita raya. Haritu ktorg ke Semenyih sebab Jina jemput open house rumah dia. Datanglah dengan opening crews dan housemate.



Nak edit gambar pun malas dah. hahaha. 
Busy bhai dengan auditor tah bila nak masuk hawau betol.

Thats my hari raya story.

Till we meet again tatataaaaa. bhahaha.